This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, November 7, 2012

Petua Kekal Kesegaran Sayur

Petua dan Panduan Sayur-sayuran
Sayur yang rangup, sedap, segar serta penuh zat sememangnya penting kerana hidangan lebih enak untuk dinikmati seluruh ahli keluarga termasuk anak kecil.

Selain khasiat yang tinggi, sayur juga sebahagian menu yang penting kerana jika tiada masakan berasaskan sayur di atas meja, ia umpama menghilangkan seri resipi yang lain.

Namun, kadangkala kita berdepan dengan masalah sayur yang layu sebelum dimasak atau terlalu pahit hingga sukar menjamahnya. Oleh itu, berikut panduan untuk menyediakan sayur yang enak dan segar:

Petua Menghilangkan pahit peria
Ambil peria, buang bijinya serta dipotong ikut keinginan sebelum dicuci dengan bersih. Potongan peria itu kemudian direndam dalam larutan yang dicampur dengan satu senduk garam dan dibiarkan antara 15 minit hingga 25 minit bagi mengeluarkan air peria yang pahit.

Selepas itu, cuci peria hingga bersih bagi membuang garam pada sayur itu. Kemudian, rebus peria selama lima minit sebelum ia sedia dimasak mengikut selera masing-masing. Hasilnya peria tidak terlalu pahit dan boleh dimakan semua.

Panduan Kekalkan kesegaran sayur



Ada beberapa cara yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesegaran sayur. Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan.

Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan surat khabar atau disimpan dalam bekas plastik sebelum dimasukkan dalam peti ais supaya ia kekal segar. Cara lain yang boleh digunakan ialah merendam sayur sepenuhnya dalam air sebelum dimasak.

Petua kekalkan kesegaran taugeh

Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau.

Petua kekalkan kesegaran bendi


Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama.

Mengenal pasti sayur yang segar

Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.

Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan ringan.
 
Tip mencantikkan rupa sayur

Rebus sayur dalam air yang dicampurkan sedikit minyak masak sebelum dihidangkan. Minyak tadi akan menyebabkan sayur nampak cantik, berkilat dan menyelerakan
.

Kepentingan Amalan Berpantang

Pentingnya amalan berpantang

Saya ingin bertanya doktor berkenaan amalan berpantang semasa bersalin. Saya diberitahu oleh orang tua bahawa amalan berpantang ini amat penting dan jika tidak dilakukan dengan betul, akan mendapat kemudaratan. Mohon penjelasan.

JAWAPAN:

Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya menumpukan kepada sajian makanan serta minuman. Malahan amalan ini turut merangkumi hubungan seks, aktiviti harian seperti amalan mandi dan berurut. Pada kebiasaannya, hubungan seks tidak digalakkan dalam tempoh tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan seks bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut suci dan kering daripada darah nifas (darah yang keluar selepas melahirkan anak).

PerubatanDari segi perubatan pula, tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

Dari segi kesihatan, darah nifas sebenarnya mengandungi bakteria (kuman) dan lendiran daripada lapisan dinding rahim. Keadaan anatomi salur kencing (uretra) dan salur dubur yang terletak berdekatan dengan salur faraj menyebabkan kemungkinan mudah dijangkiti kuman. Luka jahitan episiotomi juga mugkin boleh terbuka atau terkoyak jika berlaku hubungan seks pada peringkat awal. Pada kebiasaannya, luka episiotomi sembuh dalammasa dua hingga empat minggu selepas kelahiran. Ada juga beberapa kes yang mengalami masalah semasa proses penyembuhannya dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

PemakananJika dilihat dari segi aspek pemakanan pula, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran 'sejuk' seperti kangkung, bayam, pucuk paku serta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah 'gatal' seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru.

Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan mengambil makanan atau sajian yang pedas kerana dikhuatiri akan 'disalurkan' melalui susu ibu kepada bayi.

Kebanyakan wanita, khususnya orang Melayu juga kurang meminum air walaupun dari segi perubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadi akibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi (kekurangan air). Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara lapan hingga 12 cawan sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas dan juga penyediaan bagi penyusuan. Namun begitu, minuman berais atau bergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.



Perubahan mental
Selain perubahan fizikal atau jasmani yang berlaku pada wanita, perubahan mental dan emosi juga berlaku. Wanita yang sedang hamil dan melahirkan anak mengalami tekanan jiwa yang berat kerana kedua-dua proses kehamilan dan kelahiran ini dianggap sebagai faktor yang menekan. Ada sesetengah wanita mengalami tekanan jiwa yang begitu kuat sehingga mereka mengalami kemurungan. Malah sesetengahnya pula mengalami jiwa yang terganggu (psychosis) selepas melahirkan anak.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan seks. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan hubungan seks ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas melahirkan anak pula, hubungan seks tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai tempoh pemulihan daripada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim menguncup kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution.

Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadang-kala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. ~ Utusan

Pil Pelangsing Untuk Kuruskan Badan

Pil Pelangsing utk kuruskan badan
Ada banyak faktor mengapa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan merasakan mereka perlu mengurangkan berat badan.

Mungkin mereka ingin lebih sihat, penampilan yang lebih baik, kelihatan lebih bertenaga, lebih berkeyakinan atau berketerampilan dan sebagainya.

Bagi sebahagian yang lain, mereka beranggapan tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu.

Walau apa juga alasannya, kejayaan dalam menurunkan berat badan banyak bergantung kepada kaedah, matlamat dan perancangan yang ingin dicapai.

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, hakikatnya usaha menurunkan berat badan bukanlah sesuatu usaha yang mudah.

Malah, katanya tidak kurang yang mengalami kekecewaan kerana gagal mencapai matlamat seperti diharapkan.


"Justeru tidak hairanlah mengapa ramai yang mudah percaya dan terpedaya dengan produk-produk pelangsing yang terdapat di pasaran hari ini.

"Ini kerana ramai daripada mereka gagal untuk mencapai berat badan idaman melalui kaedah konvensional," katanya.

Kaedah konvensional menurunkan berat badan merangkumi diet, senaman dan pengubahsuaian sikap serta tingkah laku (behaviour therapy).

Diet yang betul perlu mendapat nasihat daripada pakar dietetik, manakala senaman boleh dilakukan setiap hari selama 15 hingga 20 minit.

Senaman seperti berbasikal, berjalan dengan laju, aktiviti bersukan seperti badminton, berenang, ping pong, aerobik dan sebagainya antara contoh aktiviti yang menyihatkan.

Pengubahsuaian tingkah laku pula perlu dilakukan mengikut strategi yang ditetapkan.

Bagaimanapun, dalam usaha menurunkan berat badan golongan ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak kurang hebatnya.

Kegagalan menangani berat badan melalui kaedah konvensional menyebabkan ramai yang mengambil jalan singkat dan mudah seperti mengamalkan pil pelangsing tanpa nasihat doktor.

Sebaliknya, kata Dr. Nor Azmi pil pelangsing bukanlah jalan penyelesaian utama untuk mengurangkan berat badan tanpa disertai dengan diet yang betul serta senaman berterusan.

"Amalan pil pelangsing sahaja tanpa disertai program diet yang betul dan senaman tidak memberi kesan sama ada untuk mengurang atau mengekalkan berat badan dalam jangka masa panjang," ujarnya.

Tambah Dr. Nor Azmi, kajian mendapati diet yang betul disertai dengan ubat-ubatan dapat menurunkan berat badan antara 6 hingga 12 peratus.

Menurut Dr. Nor Azmi, di negara ini terdapat mereka yang ingin menurunkan berat badan lebih mengutamakan imej berbanding faktor kesihatan.

"Di Barat, kesedaran timbul di kalangan masyarakat yang ingin menurunkan berat badan kerana ingin mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit hipertensi, diabetes, jantung, kanser dan sebagainya," katanya.

Lemak badan terbahagi kepada dua iaitu lemak putih dan lemak coklat.

Lemak putih lebih berbahaya berbanding lemak coklat. Lemak putih biasanya terletak pada perut yang dikonotasikan dengan perut buncit.

Lemak yang berlebihan pada perut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan kurang sensitif pada hormon dalam tubuh.

Contohnya, hormon insulin yang bertindak mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Menurut Dr. Nor Azmi, di HUKM, sebahagian besar individu yang datang mendapatkan rawatan menurunkan berat badan lebih ramai terdiri daripada wanita berbanding lelaki.

"Golongan ini dirujuk kepada kami kerana masalah berat badan yang telah menyebabkan mereka menghidap penyakit-penyakit tertentu," ujarnya.

Bagaimanapun, bukan semua individu yang ingin menurunkan berat badan perlu mendapat nasihat doktor selagi mereka mengikut kaedah yang betul.

Sebaliknya, hanya mereka yang menghidap penyakit-penyakit berbahaya saja perlu menjalani terapi dan mendapatkan nasihat daripada doktor.

Jenis ubat-ubatan

Ubat-ubatan hanya digunakan sebagai kaedah untuk membantu menurunkan berat badan, sekiranya ketiga-tiga kaedah konvensional tersebut gagal membantu.

Pil-pil pelangsing dapat memberi motivasi dan semangat kepada individu yang mengalami kekurangan berat badan setelah mengamalkannya dalam jangka masa antara enam bulan hingga dua tahun.

Sebelum seseorang individu mengamalkan ubat-ubatan, doktor akan menentukan Julat Indeks Tubuh (Body Mass Index - BMI) yang sesuai saja dibenarkan mengamalkan ubat-ubatan.

Biasanya, mereka yang mempunyai BMI yang melebihi 30 ke atas diberi peluang mengamalkan ubat-ubatan ini.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah kes yang dikecualikan, meskipun BMI mereka lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Ini termasuklah sekiranya individu terbabit menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, penyakit jantung, masalah pernafasan dan sebagainya.

Secara umum, ubat-ubatan dipreskripsi ini adalah selamat sekiranya ia dipantau dan diawasi oleh doktor.

Antara jenis ubat-ubatan yang digunakan ialah:

Phentermine (pengekang selera makan atau appetite suppresant)

Ubat ini dapat membantu mengekang nafsu makan. Phentermine akan bertindak meninggikan tahap hormon-hormon seperti adrenalin yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang walaupun kurang makan. 
Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi) haruslah berhati-hati menggunakan ubat ini kerana ia boleh menaikkan tekanan darah seseorang itu.

Bergantung kepada individu, mereka yang mengamalkan pil ini mungkin mengalami kesan sampingan yang berbeza-beza dalam tempoh sementara seperti:

a. Panas badan

b. Sukar tidur 

c. Berdebar-debar

d. Gelisah

e. Berpeluh

f. Pening kepala

Pengambilan ubat ini tidak boleh melebihi enam bulan bagi mengelakkan kesan sampingan yang berpanjangan.

- Orlistat

Pil ini bertindak dengan menghalang enzim lipase daripada memproses lemak yang masuk ke dalam tubuh badan.

Ia hanya mampu menghalang 1/3 lemak daripada dihadamkan dan ini akan keluar bersama najis.

Penggunaan pil ini berjaya mengurangkan berat badan antara enam hingga sembilan peratus. Pil ini kurang berkesan jika kandungan diet seseorang itu kurang mengandungi lemak.

Pil ini mempunyai kesan sampingan seperti:

a. Kerap membuang angin

b. Najis mengandungi lemak dan berbau

c. Angin dalam perut

d. Sukar mengawal pembuangan air besar 

- Metformin

Pil ini dapat mengawal selera makan.

Biasanya ia diamalkan oleh pesakit diabetes dan boleh diamalkan untuk jangka masa yang panjang.

Keberkesanannya untuk menurunkan berat badan ialah lima peratus. Kajian mendapati, 70 peratus individu yang mengambil pil ini dapat mengekalkan berat badan mereka.

Kesan sampingan pil ini ialah:

a. Sakit perut 

b. Loya

c. Muntah

d. Cirit-birit

- Sibutramine

Pil ini bertindak hampir sama dengan Phentermine.

Ia menyebabkan tahap serotonin di dalam badan berkekalan kerana sibutamine menghalangnya daripada diproses.

Seperti juga dengan phentermine seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi haruslah berhati-hati apabila menggunakan ubat ini.

Ia dapat mengurangkan berat badan antara enam hingga 10 peratus.

Kesan sampingannya adalah hampir serupa dengan Phentermine.

- Pil antikemurungan

Pil antikemurungan dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan. Bagaimanapun ia agak kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil-pil lain.

Dianggarkan hanya 50 peratus sahaja dapat menurunkan berat badan mereka dengan menggunakan pil ini.

Terapi tingkah laku

- Memantau diri sendiri dengan mencatatkan rekod makanan yang dimakan

- Mengawal rangsangan dengan makan ikut jadual dan pada tempat yang tertentu dan tetap seperti di rumah atau restoran yang sama

- Menukar tabiat pemakanan

Perjanjian pada diri dan perubahan tingkah laku

- Senaman secara tetap

- Mengamalkan diet berkalori rendah

Implikasi berat badan yang turun secara drastik

Penurunan berat badan secara drastik tanpa mengikut kaedah yang betul boleh menimbulkan implikasi seperti:

- Kekurangan zat-zat tubuh

- Kekurangan vitamin

- Kerosakan otot-otot badan

- Kesan pada elektrolit tubuh. Ketidakseimbangan tahap elektrolit dan garam dalam darah boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang atau gangguan jantung

Tip untuk mengurangkan berat badan

- Makan makanan yang mengandungi banyak serat

- Menggantikan gula dengan bahan pemanis

- Jika ingin makan di restoran, buatlah tempahan makanan yang berkalori rendah

- Jangan sesekali berlapar dengan meninggalkan jadual makan yang sepatutnya. Makanlah antara tiga hingga empat kali sehari dengan jumlah yang kecil bagi mengelakkan anda lapar

- Makan dan kunyahlah dengan perlahan

- Belajarlah berhenti makan sebelum anda benar-benar berasa kenyang

- Timbang berat badan anda dengan jadual yang tetap

- Mengubah tabiat makanan

- Perjanjian pada diri dan tingkah laku

- Senaman berjadual

- Diet berkalori rendah

Beberapa salah faham mengenai penurunan berat badan

- Berat badan dapat diturunkan dalam jangka masa yang singkat, cepat dan mudah

- Apabila berat badan berjaya diturunkan, ia akan kekal selamanya

- Makanan berkalori amat rendah boleh diamalkan tanpa mendapat nasihat pakar

- Kebanyakan produk menguruskan badan yang dipaparkan dalam iklan-iklan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan

- Apabila berat badan telah kurang, ia akan dapat dikekalkan secara berterusan tanpa sebarang usaha perlu dilakukan

- Masalah kegemukan adalah sesuatu yang tidak berbahaya

- Pil yang diamalkan adalah jalan penyelesaian dalam menangani masalah berat badan tanpa perlu mengamalkan diet yang betul

- Pil-pil pelangsing yang didapati di kaunter-kaunter dapat membantu menyelesaikan masalah berat badan

- Masalah kegemukan adalah masalah orang bandar sahaja

- Wanita lebih gemuk berbanding lelaki

- Kanak-kanak yang gemuk adalah kanak-kanak yang sihat. Lazimnya kanak-kanak yang gemuk akan menjadi orang dewasa yang gemuk.

Pembedahan untuk kurus, rawatan untuk obesiti

Obesiti antara punca tertinggi kematian yang tidak disangka-sangka. Setiap tahun, angka yang meninggal dunia akibat daripada komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu mendapati Malaysia adalah negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara iaitu sebanyak 16.3 peratus daripada jumlah penduduk.

Berat badan yang jauh melebihi daripada sepatutnya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, asma, gagal kawalan air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi.

Hilang berat yang berlebihan itu sebenarnya mampu mengurangkan malah merawati masalah kesihatan yang serius itu.

Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang dapat keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.

Pembedahan bariatrik seperti pintasan gastrik dan pembedahan sleeve gastrik antara penyelesaian kepada dilema individu obes.

Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian pada perut.

Menurut Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr. Haron Ahmad, pembedahan bariatrik dicadangkan kepada mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 38 dan gagal melalui cara pengurangan berat badan yang lain.

"Bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.

"Selalunya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat.

"Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

"Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik

"Jangan salah tafsirnya sebagai pembedahan kosmetik," ujarnya yang telah berjaya melakukan pembedahan bariatrik terhadap 87 pesakit di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Antara yang pernah menjalani pembedahan ini pelakon Syanie.

Cara rawatan





Rawatan untuk obesiti antaranya pintasan gastrik, pembedahan sleeve gastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik.

Terangnya, selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Lalu ia membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil.

Dr. Haron berkata, kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

KelebihanPembedahan bariatrik mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

"Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri," terang Dr. Haron.

KomplikasiApa saja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya, begitu juga dengan pembedahan bariatrik.

Namun ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani.

Terang Dr. Haron, dengan rawatan susulan, sesi bersama pakar diet dan kaunseling memastikan perawatan total kepada pesakit.

"Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik untuk bocor ada sebanyak satu peratus.

"Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

"Sebab itu pesakit perlu berterus an bertemu doktor bagi memastikan segalanya dikawal dan menyediakan pesakit dengan masalah yang mungkin dihadapi," ujarnya.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil
.